28 June 2012

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!


WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?


LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”.


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.


WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.


LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak san
ggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.



Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?


WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?


LELAKI: Belum.


WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. 
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.



WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.


Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…


Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?


Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?


25 June 2012


Pernah kita terleka seketika, apabila kita sering melupakan orang yang sering bersama kita susah dan senang, dan pada saat itu kita tidak menghargai dirinya.. Mungkin akibat sedikit kesilapannya, kita telah melupakan segala keseronokkan bersamanya.. Pernahkah?  Hayati bait-bait kata ini..


Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU….
MENGASIHIMU…. dan
MENCINTAIMU….


Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……

 
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA
itu lebih BERMAKNA! 


20 June 2012

Maksudnya :

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".
Maksudnya:

"Dengan nama Allah"..


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".
Maksudnya :

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali..

 

Maksudnya:


Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.



Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

  1. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
  2. Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
  3. Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
  4. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 
  5. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
  6. Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
  7. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  8. Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya
  9. Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
  10. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
  11. Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
  12. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 
  13. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah. Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 
  14. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya
  15. Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
  16. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
  17. Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.
  18. Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 
  19. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan
  20. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
  21. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
  22. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
  23. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
  24. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
  25. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
  26. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
  27. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
  28. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
  29. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
  30. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
  31. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
  32. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
  33. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
  34. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
  35. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
  36. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
  37. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  38. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
  39. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
  40. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
  41. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
  42. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
"Renung - renungkan dan selamat Beramal"

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Terima hakikat
Yang paling utama adalah menerima hakikat.Menerima hakikat bahawa dia bukan lagi milik anda.Anda perlu menerima kenyataan bahawa pertemuaan pasti berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuaan seterusnya.

Menghapus kenangan bersama si dia
Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.

Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Rakan dan keluarga pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif.

Berdoa dan tawakal
ini adalah cara terbaik dan penyelesaian bagi segala-galanya.Berdoalah kepada-NYA supaya diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.Amin


* Ya Allah, jika si dia jodoh buat ku, buka kan hati aku dan si dia untuk saling menerima.. Tetapi, jika dia bukan jodoh buat ku, Kau lapangkan hati ku untuk melupakan si dia.. Amin..
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:


“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.


(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.



Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!)



Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.



Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.



Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan. Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”



Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!



Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.



Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.



Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…



Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!



Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).



Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!



Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.



Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.



Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.



Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)  Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.



Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.  Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.



Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.



Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.



Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.



Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.



Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.


Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.


Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.



Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata,“we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.



Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!



Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.



Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.
Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!



Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan. Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…



Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!



Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

18 June 2012

Assalamualaikum Semua....

Saya ni bukanlah doktor cinta yang selayaknya berbicara pasal cinta. Tapi saya tulis entry ni pun guna akal yang waras dan kebiasaan yang kita dengar daripada mulut pompuan la termasuklah saya sendiri...Well, saya rasa minat bagi seseorang pompuan semua lebih kurang sama je. Basic thing mesti ada kan? Jadi, ol of guys cuba nengok ni..apakah ciri-ciri lelaki dambaan wanita! Fuh...Fuh....jomm.. :)


1. TINGGI
- Kalau korang tanya dengan semua perempuan, dia mesti nak lelaki yang lebih tinggi daripada dia. Barulah dia rasa dilindungi. Lelaki tinggi itu selalunya digambarkan sebagai seorang yang tegap dan mampu memberi tempat perlindungan yang baik. Ini kredit ni untuk lelaki yang tinggi. Kira peluang cerah lah. Tapi macam mana pulak dengan lelaki yang rendah? Peluang diorang amacam? Don't worry! Mak saya kata, kalau suami lebih rendah dari isteri, maksudnya murah rezeki. Haaa, jadi lelaki yang rendah apa kata korang guna alasan tu untuk memikat gadis yang lebih tinggi dari korang. Hehehe..

2. TIDAK MEROKOK
- Rugilah lelaki merokok! Lelaki selalu kata merokok tu cool. Boleh pikat hati wanita, but the real situation it is not! Kalau korang perasan, bila seseorang wanita menjalin hubungan dengan lelaki, soalan pertama yang basic dia akan tanya "Are you smoking?". Jawapan biasa lelaki, "Yes, tapi sekarang I dah mula kurangkan!". Betul tak? Dan mulalah perjanjian dibuat. Tapi sampai kahwin pun tak stop smoking. So, kenapa masih terus merokok lelaki? Stop it now. Korang lagi nampak cool dan kacak tanpa rokok tu tau! Gunakan kekacakan semulajadi anda!

3. PANDAI MEMUJUK
- Perempuan memang selalu merajuk. Tapi kalau merajuk lebih-lebih, saya sendiri pun menyampah! Perempuan biasanya mesti nak cari lelaki yang pandai memujuk. Bukan pujuk gila-gila pun. Cukuplah dengan kata-kata romantis dan berlembut sikit. Bukan api dibalas api. Dalam pada pandai memujuk tu, sifat romantis kena ada sekali. Barulah cair hati perempuan tu! Ewah...

4. ADA MASA UNTUK DILUANGKAN BERSAMA
- Perempuan suka lelaki yang berkerjaya. Sebab kerjaya yang bagus, sumber kewangan yang baik. *hehe* Tapi, perempuan tetap nak lelaki yang pandai bahagikan masa antara peribadi dan kerja. Tak kan lah setiap minggu tu perempuan je yang terhegeh-hegeh tanya "Bila awak free?". Sekali-sekala apa kata lelaki yang ajak keluar. Tanya soalan tu pada perempuan pulak. Barulah perempuan tu rasa diri dia penting dalam hidup si lelaki... 

5. KEMAS
- Pompuan manalah nak lelaki yang serabai + yang berbau badan busuk. Memang tak lah kan. Saya sendiri pun takleh blah dengan lelaki camni..leh mau pengsan dorhh..huhuhu...Lelaki perlu sentiasa kemas barulah kelihatan kacak. Pakai perfume, baju n seluar bialah sesuai dengan umor korang...ni pakai baju cam nak ke mane, seluar plak cam nak gi CEDUNG (kata orang ganu), rambut terurus, bulu-bulu muka pun mesti diurus jugak. Kulit  bersih, halus mulus. Lagi smart kalau kerja-kerja korang jugak kemas. Lagi cepat perempuan tu cair.. 

6. KACAK ITU BONUS
- Perempuan takdelah memilih sangat sebenarnya. Kalau korang perasan, ramai je perempuan-perempuan cantik dapat lelaki yang muka biasa-biasa je. Tapi kenapa? Sebab pada diri perempuan, kacak itu bonus bukan semestinya. Yang penting kena ada karisma sebagai bakal suami yang baik. Barulah dia rasa terjamin hidup dengan lelaki tu. If kacak pun pada wajah, tapi dalam hati busuk bagai nak rak...suka permainkan pompuan, yang kurang kacak tu rasanye more better la kan..? :) Another part kan, perempuan suka dengan lelaki yang ada mata dan bibir yang seksi. Ouch! *ini fakta, bukan saya yang cakap ye*

7. BUKAN PEMARAH & PENGONGKONG
- Pemarah memang paling perempuan tak suka. Apatah lagi yang suka mengongkong kehidupan perempuan. Ada lelaki yang jenis semua benda nak kena report kat dia. Sampaikan masa bersama kawan-kawan pun dia sibuk nak amik tahu. Perempuan rimas dengan cara macam ni. Jadi, lelaki buatlah macam main layang-layang. Lepas-lepas, kemudian slow-slow tarik. Get it loose sayang! 


Wah. Pandai jek list downkan kriteria ni. Sebenarnya, apa pun yang diidamkan, it is start from ourself. Hati kita kena baik dan ikhlas menerima seseorang tu dalam hidup kita. Kalau terima terpaksa, bukan daripada hati takde gunanya jugak kan..Kata orang kalau dah suka, busuk pun wangi (tapi saya memang siesly la tak suka orang busuk2 nih...huhu). Ini cuma sebahagian daripada perahan otak saya je. Kalau nak tambah boleh. No hal. This is just a basic things la ye....So, good luck guys!

p/s: Aku rambang mata nak letak gambar lelaki hensem. Tapi yang paling menarik hati adalah IZZU ISLAM ni je d hati...Ouch!

14 June 2012

< ALLAH MAHA KAYA ! TIPS KESIHATAN  >

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri. 

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.

Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥ 

" Ya Allah. Sinarkanlah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani..

*_* Assalamualaikum W.B.T 

Apa yang tak kena dengan korang lagi nih haa ? Lupakan ! Lupakan sahaja jika faktor KACAK yang tidak korang miliki , kerana ianya tidaklah penting seperti yang korang sangkakan. Keikhlasan dan kesungguhan serta sikap menawan pada pertemuan pertama boleh mencairkan teman wanita korang untuk terus menerima korang dengan seadanya. Percayalah :) ....Tapi faktor2 bawah ni pun kena titiberat jugak tau..takut tak jadi nak tackle.. 0_o




Dekat sini nak share dekat korang ciket , 7 sebab kenapa para lelaki kini GAGAL untuk menawan hati pujangga si wanita nehh ~ Jom kita terjahhh...

1. Suka Sangat Menunjuk-Nunjuk
Errr . Ser ah lelaki macam nih . Ingat bagus sangat kot ? Masa pertemuan untuk pertama kalinya , korang ni ... perghh . Berusaha bersungguh-sungguh tuh untuk memberitahu segala-galanya tentang diri korang . Contoh utama : Kononnya , korang ni ada banglo dekat situ la sana la kn . Tak pun bagitahu yang korang bawa BMW X5 . Ecehh . Bangganya ye ? Tahu tak ? Tindakan  macam ni lah yang menyebabkan wanita pandang korang suka membanggai diri. Cukup sekadar memberitahu pekerjaan korang and biar lah wanita yang judge berapa banyak harta yang korang ada ok?


2. Terlalu Banyak Menyentuh

ya ~ Memang tak dapat dinafikan lagi , wanita memang suka disentuh, dimanjai, dibelai tetapi awas ! Lihat dulu keadaannya . Sentuhan pada wanita hanya perlu bila korang dapat melihat isyarat yang 'dia suka korang' . Selagi dia masih ragu-ragu and kerap menjauhkan jarak korang dengan dia jangan sesekali korang bertindak melulu yea ! (Peringatan : Aksi sentuh menyentuh ni , haram di sisi Islam ok ? So , kalau nak sentuh ke hape , kahwin dulu . kehekh <walaupun banyakk kapel sekarang yang dah tak kisah dengan benda nih semua> aiyoo )...


3. Kurang Sikap Lelaki Budiman

Cuba tanya mana-mana wanita siapa yang tak suka lelaki budiman atau dikenali sebagai 'gentleman ' nih kan . Lisa Surihani pun suka . Lady Gaga , lagi lah suka . haha.. Yang membuka pintu kereta , yang menarik kerusi untuk pasangan , yang membawa sekuntum bunga merah masa jumpa (alahaii.. romantiknyaa.) , yang sering mengucapkan kata sayanggg , yang menuangkan air minuman untuk si dia .. Sikap begini lah yang amat disenangi oleh wanita kini . Kalau azie pun , kalau dapekk lelaki macam nih . Perghh . SUMPAH , tak kan lepas ooo . kihkih :*


4. Langsung Tak Bersopan-Santun

Eiyy. Korang jangan ingat bersopan santun hanya untuk 'wanita' je ehh . Lelaki pun perlu bersikap sedemikian ! Sikap kasar dan kurang budi bahasa membuatkan wanita meluat dengan korang ni . Selalunya , ia datang secara asli mengikut gaya hidup dan status sosial korang tetapi , kalau korang selalu sangat ditolak wanita , korang seharusnya menukar cara dan gaya korang kerana sikap sopan-santun memang dah ada dalam diri . Cuma perlu dipraktikkan lagi :)


5. Kurang Sangat Puji-Memuji

Yes ! Memang wanita sukakan pujian and kalau korang lihat dia tersipu-sipu malu kan , maksudnya taktik korang tuh memang sudah mengena ! " Baju you pakai cantik hari ni" ; "Senyuman you memang manis" ; "I suka bila you ketawa" ; "You have a beautiful smile in a world" ! Katakanlah apa sahaja asalkan pujian itu berpijak di bumi yang nyata .. Janganlah pulak puji sampai GILA-GILA HIPERBOLA tuu .. Kaarangg penampor yang korang dapekk . ehhee. Dan dalam sekali pertemuan tu , hanya perlu SEKALI sahaja pujian , kalau terlalu kerap , nanti jadi hipokrit pulak . kehkeh~ 


6. Berperangai Kalut dan Gelojoh

Korang nakkan dia , tapi tak sabar and gelojoh . Macam Mr.Bean je .HAHA . Ok . Misalnya korang ni jenis suka sangat memaksa-maksa dia sukakan korang  ataupun menarik tangan dia untuk bercerita dengan korang atau memaksa dia bersalam dengan korang , sedangkan dia belum buat keputusan ke atas korang . Bersikap lebih tenang dan tidak terlau terburu-buru lebih banyak membantu . So , fikir-fikirkan lah ye ? :)


7. Penampilan itu Penting

Aspek inilah yang mungkin korang abaikan . Tahukah korang bahawasanya wanita ni lebih sukakan lelaki yang pandai menjaga imej dan penampilan seperti tubuh yang dijaga bersih , bau wangian , kemas , dan berpakaian sesuai mengikut acara . ni tak, bajunye lain, then seluarnya pulak mak ai cam orang tua...orang tua lebih gaya lagi kott..wee...Kalau lelaki ni memakai pakaian yang salah di upacara yang salah , wanita memang berpaling daripada melihat korang . Say "BYE-BYE" je lah . hehe . Akan tetapi , bagi lelaki yang memiliki sendikit jambang tidaklah salah kerana ada wanita yang sukakannya :) cam saya la....ohh khalid jamlus n farid kamil..wahh..tetiba je kan ~



"OKEY ! Itu sahaja yang dapekk share dekat korang . 
Nantikan Tips or Info , untuk entry yang akan datang . Wassalam~"
 

Copyright 2010 Dabeliz.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.