14 December 2012


Kita memahami sesuatu perkara itu berlaku punyai jalan tersendiri mengikut apa yang telah ditakdirkan pada kehidupan ini...Namun sering juga kita mengeluh dan bertanya pada diri sendiri, kenapa dan mengapakah diuji dengan penuh debaran...Dan kadang-kadang merasakan amat sukar untuk dirasai...

Sabarlah duhai hati yang merasakan, Allah S.W.T menguji dan menduga kita dengan perihal yang mampu kita hadapi...Mengadulah padaNya....

Jangan tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi...Pada insan yang tak mengerti...Kerana sekali kamu memberi, selamanya dia di hati...Kerana sekali kamu dilukai, sampai bila-bila tetap kamu ingati....



Kerana itulah kesan cinta sebelum nikah, dan  masih tidak mahu mengubah apa yang telah ditakdirkan berlaku....Cinta itu bukan segala galanya, kadang-kadang mengorbankan cinta jua membawa erti bahagia...

Kata bicara penuh luka, tanpa mengenal kasih akan duka

Pada mempercayai cinta itu indah dan benar...Dan bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya juga memang benar...Bergantung pada apa rasa cinta pada seseorang....

Maafkan daku bila aku tidak seperti yang kau harapkan

Dan apalah yang ada pada sebuah perkahwinan jika jasad sahaja yang ada namun hati itu bukan pada yang hala dan berhak..Lebih baik hanya tiada dari ada hanya menyemai derita...

Ketemui jodoh dengan orang yang kamu cintai mungkin satu kebetulan, tapi menyintai siapa jodohmu adalah kewajipan...Dan bercerita tentang cinta dengan bukan hak, seharusnya punyai hati untuk menilai erti cinta...Jadilah insan yang bermaruah dan punyai harga diri, sayangilah dia yang wajib kamu cintai....

Jika malam itu terus suram, usahlah terlalu merasakan sedih dan berputus harap....Kerana di akhir gelap itu, sinar mentari akan jua menerangi...Jika hati itu telah dikecewakan, usahlah terlalu merasakan sedih dan berputus harap...Kerana pasti akan ada jua, kasih akan bertaut...Usahlah tercari cari dan ternanti nanti siapa cinta kita kerana pasti akan ada siapa jodoh kita...

Semoga ujian dan dugaan yang dihadapi adalah sebagai kifarah doasa-dosaku yang lalu


Apalah yang ada pada sebuah cinta jika bukan kemuncaknya dengan sebuah perkahwinan dan berpisah hanya maut??


Dan langkah aku masih lagi tersusun...Di dalam kamar kesepian mencari suratan yang tiada jawapan dan langkah seterusnya akan aku pastikan...Agar akuk kuat....Dalam menghayati hamparan kasih agar menggalas suratan Ilahi...Pasti akan aku serahkan segalaNya pada takdirMu...

Menatap wajahmu, namu tiada langsung ketenangan jiwa yang dicari

Jika hari ini masih lagi tiada akan rasa, bersabarlah duhai hati....Jika hari ini masih kukuh akan derita, tenanglah duhai hati...Mereka tidak mengerti apa yang dilalui, hanya melihat dan memandang seolah simpati...

Sabar itu kadang punyai satu rasa yang terbeban dan susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.......Dengan harapan, suatu hari pasti akan berubah...

Sabar itu kadang punyai satu rasa yang terbeban dan susah untuk diungkapkan dengan kata-kata...Dengan harapan, suatu hari pasti akan berubah....

Cintailah dia yang berhak padamu, usah dikenang sejarah lalu

Jika diduga akan ujian hingga kadang kamu merasakan tidak tertanggung akan usaha, berdoalah...Yakin akan dugaan....Kerana Allah S.W.T tidak akan menguji hambaNya dengan kesulitan yang tidak mampu dihadapi...Mengadulah padaNya, bukan pada dunia maya yang seakan hanya mengeluh....

Jika pagi ini suram tiada akan sinarnya, usahlah dibiarkan hati terus teruja kelak hilang akan serinya hingga ke petang...

Kadang kamu terpaksa melepaskan seseorang yang kamu cintai bukan kerana pudar akan rasa namun kerana kamu sedari dia tidak bahagia bila bersama kamu...


"Jika kamu tidak dapat apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu dapat"

08 December 2012

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…`

06 December 2012

Tetiba mud nak makan menda alah ni meronta2...makan skali nak lagi...vahaye tol la.....mud rajin nak buat pun tetiba datang....okey..sok saya nak byat crepe duyan ni.....tak pandai pun buat2 pandai la...
Janji perut kenyang dan lepas hajat....hehe....sok saya update ye semua....

02 September 2012

✿~ Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

>>> Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…♥♥ 



benar....
kita sering mengharap kita akan disatukan dengan seseorang yang begitu cinta dan damba....
seseorang begitu kita kasihi dan sayangi.....
seorang yang begitu bertakhta dihati dan dirindui.....
namun....
sesungguhnya.....
belum tentu seseorang itu mencintai dan mendambakan kita sepertimana kita mencintai dan mendambakannya...
belum tentu seseorang itu mengasihi dan menyanyangi kita sepertimana kita mengasihi dan menyayanginya....
dan belum tentu lagi....
seseorang itu akan menobatkan kita di takhta hatinya dan merindui kita sepertimana kita menobatkannya di takhta hati lalu sentiasa merinduinya...............
sesungguhnya belum tentu..................

bukan mudah untuk mencari dan menemui seseorang yang mampu menerima dirimu seadanya kamu.....
manyayangi mu sedanya kamu...
menyintai mu seadanya kamu.......
bersama mu sedanya kamu....
menerima kekurangan mu sebagai keistimewaan kamu...
lantas tidak pernah mengungkit atau menyebut kekurangan mu yang menyakitkan hatimu...

Allah Maha Mengetahui segalanya...
setiap sesuatu yang datang darinya adalah ehsanNya kepada hambaNya.....
bersyukurlah..............
dan berserahlah.......................
pasti Allah telah mengaturkan hidup mu dengan sebaik2 pengaturan Nya....

insyaAllah (^ ^)

08 August 2012

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

30 July 2012







Perempuan... 
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamuk,
senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki...

susah untuk difahami tapi senang memahami,
susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur,
susah untuk setia tapi mudah bertahan,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.

....yang sama hanya EGO...

23 July 2012

Salah satu keunikan manusia berbanding hidupan lain ialah keupayaan berfikir dan seterusnya membuat kesimpulan yang rasional. Walaupun semua orang berkeupayaan melakukan proses kognitif ini, namun tidak semua orang berani mengemukakan pandangan atau hasil pemikirannya. Hal ini berlaku antaranya disebabkan oleh didikan dan persekitaran yang dilalui oleh seseorang semasa zaman kanak-kanaknya.

Kanak-kanak biasanya kurang diberikan kebebasan untuk membuat pilihan atau keputusannya sendiri. Kebiasaannya ibubapalah yang menjadi 'dicision- maker'. Secara tidak langsung, amalan ini seolah-olah mengongkong kebebasan mereka untuk memberi pandangan; sekaligus mematikan sifat kreativiti mereka. Lama-kelamaan, mereka juga akan hilang keyakinan diri.

Sepatutnya, ibubapa melibatkan anak-anak dalam proses membuat keputusan. Mereka seharusnya diberi peluang mengemukakan pandangan. Ini akan membantu mereka dalam perkembangan minda dan sekaligus anak-anak akan merasakan diri mereka lebih dihargai. Contohnya, apabila kita hendak membeli baju anak-anak. Sebaiknya bawalah bersama anak untuk memilih bajunya sendiri. Sekiranya kita merasakan mereka belum pandai membuat pilihan yang terbaik, pilihlah beberapa helai dan biarlah keputusan akhir dilakukannya sendiri.

Dalam Islam, kita digalakkan untuk bermusyawarah. Budaya ini sepatutnya disemai di dalam institusi kekeluargaan bilamana hendak membuat sebarang keputusan yang penting dalam keluarga. Selain melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan, ia juga dapat mengeratkan talian kekeluargaan dan sifat percaya-mempercayai sesama ahli keluarga.

Hargailah pandangan anak-anak. Jika pandangan mereka tidak dapat diterima atau kurang menepati kehendak syariat, berikan kepada mereka alternatif. Elakkan daripada 'mencantas' setiap luahan rasa mereka. Jika anak-anak dihargai, insya Allah mereka akan membesar menjadi insan yang lebih proaktif dan berani.

14 July 2012

Apa yang aku belajar hari ini ialah aku x mau mengharap pada sesuatu yang aku x mungkin aku dapat. Mengharap orang lain untuk mengembirakan aku pun perlu dikikis kerana aku sendiri yang perlu mencari kegembiraan tersebut tanpa perlu menunggu orang lain untuk menggembirakan aku …ini pelajaran yang aku dapat …InsyaAllah,aku ambil ia dengan penuh senang hati dan tanpa ada perasaan sedih,kecewa dan sebagainya…

Mengharap orang akan berfikiran sama dengan kita serta menghendaki orang untuk memenuhi hasrat dan kata hati kita adalah satu tindakan yang sia-sia. Ini kerana setiap orang mempunyai corak kehidupan yang diaturkan oleh diri mereka sendiri tanpa perlu mengikut kata dan hasrat hati orang lain. Ditambah pula, Allah SWT mencipta dan mengatur setiap kehidupan manusia itu berlainan. 

Walaupun fitrah manusia itu sendiri sentiasa mengharapkan sesuatu berdasarkan kehendak hati, aku akan bantu diri sendiri untuk mengawal kehidupan dan hatiku. Kadangkala apabila kita terlalu mengharap sesuatu perkara itu terjadi pada diri kita dan perkara tersebut tidak berlaku…ini mungkin akan menghadirkan satu rentetan kisah kekecewaan dan kelukaan pada perasaan dan sebuah hati.

Yang pasti sebagai manusia yang lemah, aku takkan putus mengharap kasih sayang dari Allah SWT!!!

11 July 2012

Iblis berkata : Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)


“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah"



Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha dan berserah.

Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’ selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.


Ketahuilah bahawa Iblis tidak mampu menyesatkan kita bilamana kita menjadi hamba yang berserah. Kita wajib berserah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Malah jika jiwa tidak benar-benar berserah pada Allah SWT di dalam solat, pasti khusyuk solat gagal dimiliki. Apatah lagi jika kita tidak berserah di dalam seluruh kehidupan kita. Bagaimana kita akan menghadapi sakaratul maut di dalam keadaan tidak berserah pada Allah SWT.



Bilakah masanya yang membuatkan diri kita benar-benar redha, pasrah dan berserah? Pastinya apabila kita mengetahui di saat ini sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu yang akan menimpa kita kerana kita telah pun tahu akan sesuatu itu di saat ini.

Jika kita telah tahu kita akan gagal peperiksaan sedangkan keputusan sebenar belum pun keluar, pasti kita akan redha dan bersedia ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mereka yang dihukum gantung sampai mati seharusnya berasa lebih redha dan bersedia untuk mati kerana mereka telah tahu masa kematian mereka walaupun yang mematikan mereka adalah Allah SWT bukanlah tali gantung itu.


Namun kebanyakan kita tidak mampu mengetahui apakah yang akan berlaku di masa hadapan kecuali mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Maka seharusnya kita mesti menjadi orang yang dekat dengan Allah untuk mendapat ilham rasa mengetahui sesuatu di masa hadapan kita. Apabila kita dekat dengan Allah SWT, Allah SWT akan mengilhamkan kita dengan taqwa sehingga kita dapat mengetahui getaran rasa dengan jelas sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan kita.


Bagaimana untuk dekat dengan Allah SWT? Kita perlu berserah. Lalu persoalannya bagaimana untuk berserah?


Melatih diri untuk mempraktikkan doa mengikut doa solat istikharah. Bentuk doa solat istikharah merupakan doa yang benar-benar mempunyai kepasrahan dan penyerahan segala ketetapan kepada Allah SWT. Jika saudara semua membaca doa-doa yang ada di dalam laman web saya, semuanya berbentuk seperti doa solat istikharah.


Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita telah pasrah, redha dan berserah dari awal lagi semasa kita berdoa.


Doalah seperti doa solat istikharah. Ia sesekali tidak membuatkan diri kita berfikir negatif dengan menyebutkan ‘jika sesuatu itu gagal’ tetapi kita berserah pada Allah seandainya sesuatu itu tidak memberikan kebaikan kepada diri kita, maka kita redha, pasrah dan berserah kepada Allah untuk sesuatu yang lebih baik.


Doa solat istikharah:


“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.


Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.


Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.


Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahawa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku” (HR. al-Bukhari).


Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila :


1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.


2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.


Maka jika sesuatu itu tidak dimakbulkan, kita telah awal-awal lagi bersedia bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah.


Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT: Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)

09 July 2012

Mungkin perit untuk merasai sesuatu perpisahan kan? Apetah lagi jika ditinggalkan hanya kerana orang lain...Namun apa yang terjadi ianya adalah satu ujian dariNya untuk kita makin tabah dalam menghadapi semuanya...Untuk seseorang yang telah melukan hatiku, dengarkan dan hayatilah lirik lagu ini...kerana apa yang aku rasa tidak mampu lagi tuk diluahkan dengan kata-kata...~ T_T
---------------------------------*-------------------------------

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
-----------------------------*------------------------------

04 July 2012


Bila hati dah tawar, cakap ape pun tak guna, taruk gula tak jadi manis...taruk garam tak pula masin..

Hurmmm, hati aku sudah tawar. Tawar nak tunggu janggut tumbuh untuk sesuatu keputusan, tawar nak tunggu datangnye dia yang dulu, tawar jugak bila dah lama bersabar tengok betapa terignore nye aku
sekarang, hati aku dah tawar, aku dah penat bersabar, aku dah penat memendam, aku dah tawar..i mean, hati aku dah tawar nak layan semua perubahan dia...

Tawar jugak nak bagi nasihat..Nasihat pun stil d same, bialah hati aku terus tawar.. penat rasa otak bila asyik terdistract memikirkan silly things ni..

Maka, biarlah hati aku tawar sementara untuk dia cuma manusia biasa...asalkan hati aku terus hidup untuk-Nya ...Dia yang telah menciptakan aku..hidupkan lah hati ku..

Ya Allah,, terangilah hatiku sebagaimana kau menerangi bumi dengan matahariMu selama-lamanya..amiin ya rabbal alaminn...

01 July 2012

Manusia mudah alpa. Lumrah manusia, tak pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Manusia hanya tahu meminta-minta, tapi tak semua manusia tahu menghargai apa yang dimiliki. Mudahnya seorang manusia menuntut yang bukan haknya, tapi bila dah menjadi hak, mudah juga manusia sia-siakan saja. Apa yang ada di depan mata, tak pernah ditilik dengan sempurna. Yang jauh nun di sana sanggup pula diteropong untuk dikejar. Apa mentaliti manusia begini?


Bila kamu terasa tidak dihargai, fikirkan sejenak, adakah kamu tahu menghargai dan pernah menghargai? Apakah wajar kamu rasa begini? Dunia ini penuh dengan karma. Kamu akan terkena. Roda berputar, gasing berputar, dunia berputar. Hidup kamu tak sentiasa di atas. Adakala kamu jatuh tersungkur, di saat kamu jatuh baru kamu sedar di depan kamu itu ada suka duka yang tak akan luput dari hidup kamu.


Hargailah apa yang kamu miliki. Adakala kita mengharap sesuatu yang sempurna, tapi mana mungkin ada yang sempurna. Semua pasti ada cacat cela. Semua manusia pernah ada dosa. Terimalah apa yang DIA anugerahkan untuk kamu dengan setulusnya. Jangan bertanya kenapa aku tak pernah dapat yang terbaik, tapi tanya diri kamu adakah kamu sudah jadi yang terbaik?


Untuk menyedari di depan mata itu, kamu perlu bersyukur. Mensyukuri apa yang kamu miliki.. Kamu harus tahu menghargai. Kamu harus bisa berpuas hati. Jangan tangisi andai yang di depan mata itu dibawa pergi. Jangan kecewa andai di depan mata itu ditarik kembali. Jangan menyesal andai yang di depan mata itu tiada lagi.


Saat kamu mampu melihat di depan kamu lagi, hargainya sebaik mungkin. Bila dia bukan milik kamu lagi, kamu tak berhak untuk mendapatkannya kembali. Percaya lah, menyesal seumur hidup pun takkan bisa membawa ia datang pada kamu semula.


Hargai ibubapa kamu selagi mereka masih hidup, selagi kamu masih mampu mengucup tangan mereka memohon ampun. Mensyukuri anugerah Allah, punya ibubapa seperti mereka dalam hidup kamu. Detik tapak kaki kamu sebesar dua jari, hingga sehebat ini kamu jadi, mereka yang sentiasa DI DEPAN MATAkamu. Jangan tunggu hingga Allah mengambil mereka dari kamu, saat itu baru kamu sedar yang DI DEPAN MATA itu, tak pernah kamu mensyukuri dan menghargai.


Hargai saudara-saudara kamu. Abang, kakak, adik, mereka darah daging kamu. AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS. Sehebat mana bergolak tali arus kasih, takkan ia terputus dilanda ombak. DI DEPAN MATA kamu, mereka membesar bersama-sama kamu. Makan seperiuk, tinggal serumah, seibu sebapa. Mana mungkin wujud erti KELUARGA tanpa mereka? Cintai saudara-saudara kamu. Jangan menyesal saat saudara-saudara kamu tiada lagi DI DEPAN MATA, disisi kamu atas nama KELUARGA.


Hargai pasangan kamu selagi mereka ada bersama kamu. Jangan dikejar yang cantik rupawan tapi hitam hatinya, jangan dicari macho tampan tapi curang hatinya, jangan dibangga hartawan jutaan andai gelap hidupnya. Biarlah yang DI DEPAN MATA itu sedang-sedang saja, biarlah dia kerdil di mata manusia luar sana, asalkan dia hebat di mata kamu. Saat kamu kehilangannya, baru kamu akan sedar di mana kelebihannya. Jangan sampai kamu rasa begitu.


Hargai sahabat-sahabatmu saat mereka disisi kamu. Mereka bisa mewarnai hidupmu, mereka bisa mencorak dirimu. Mereka tempat kamu berkongsi, mereka tempat kamu tumpang menangis, ketawa, bahagia, suka dan duka. Mengapa perlu kamu lupa pada mereka di saat kamu tinggi duduknya? Disaat kamu punya sahabat ternama? Hargai mereka, sebelum mereka pergi meninggalkan kamu sepi.. Tiada lagi gelak ketawa air mata bersama. Jangan menyesal pabila kamu melihat sahabat-sahabatmu ketawa bahagia tanpa kamu. Sahabat-sahabat DI DEPAN MATAtetap sahabat selamanya. Biar bertambah sahabatmu, namun jangan pernah terkurang walau satu.


MATA itu anugerah Allah untuk melihat.MATA HITAM, MATA HATI, MATA MINDA. DI DEPAN MATA kamu, bukalah matamu seluas-luasnya, lihatlah dan sedarlah apa yang telah kamu miliki. Hargai setiap satu yang ada. Sayangi segala DI DEPAN MATA kamu, ucapkan syukur atas setiap yang kamu miliki. Kerana apa yang kamu miliki adalah sezarah kecil yang Allah kongsi bersama kamu, sesungguhnya DIA lah yang memiliki segala-galanya dengan hakiki.


Published with Blogger-droid v2.0.4

28 June 2012

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!


WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?


LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”.


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.


WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.


LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak san
ggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.



Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?


WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?


LELAKI: Belum.


WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. 
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.



WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.


Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…


Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?


Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?


25 June 2012


Pernah kita terleka seketika, apabila kita sering melupakan orang yang sering bersama kita susah dan senang, dan pada saat itu kita tidak menghargai dirinya.. Mungkin akibat sedikit kesilapannya, kita telah melupakan segala keseronokkan bersamanya.. Pernahkah?  Hayati bait-bait kata ini..


Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU….
MENGASIHIMU…. dan
MENCINTAIMU….


Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……

 
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA
itu lebih BERMAKNA! 


20 June 2012

Maksudnya :

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".
Maksudnya:

"Dengan nama Allah"..


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".
Maksudnya :

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali..

 

Maksudnya:


Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.



Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

  1. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
  2. Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
  3. Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
  4. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 
  5. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
  6. Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
  7. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  8. Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya
  9. Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
  10. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
  11. Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
  12. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 
  13. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah. Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 
  14. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya
  15. Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
  16. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
  17. Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.
  18. Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 
  19. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan
  20. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
  21. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
  22. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
  23. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
  24. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
  25. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
  26. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
  27. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
  28. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
  29. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
  30. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
  31. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
  32. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
  33. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
  34. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
  35. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
  36. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
  37. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  38. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
  39. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
  40. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
  41. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
  42. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
"Renung - renungkan dan selamat Beramal"

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Terima hakikat
Yang paling utama adalah menerima hakikat.Menerima hakikat bahawa dia bukan lagi milik anda.Anda perlu menerima kenyataan bahawa pertemuaan pasti berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuaan seterusnya.

Menghapus kenangan bersama si dia
Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.

Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Rakan dan keluarga pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif.

Berdoa dan tawakal
ini adalah cara terbaik dan penyelesaian bagi segala-galanya.Berdoalah kepada-NYA supaya diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.Amin


* Ya Allah, jika si dia jodoh buat ku, buka kan hati aku dan si dia untuk saling menerima.. Tetapi, jika dia bukan jodoh buat ku, Kau lapangkan hati ku untuk melupakan si dia.. Amin..
 

Copyright 2010 Dabeliz.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.