30 July 2012







Perempuan... 
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamuk,
senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki...

susah untuk difahami tapi senang memahami,
susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur,
susah untuk setia tapi mudah bertahan,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.

....yang sama hanya EGO...

23 July 2012

Salah satu keunikan manusia berbanding hidupan lain ialah keupayaan berfikir dan seterusnya membuat kesimpulan yang rasional. Walaupun semua orang berkeupayaan melakukan proses kognitif ini, namun tidak semua orang berani mengemukakan pandangan atau hasil pemikirannya. Hal ini berlaku antaranya disebabkan oleh didikan dan persekitaran yang dilalui oleh seseorang semasa zaman kanak-kanaknya.

Kanak-kanak biasanya kurang diberikan kebebasan untuk membuat pilihan atau keputusannya sendiri. Kebiasaannya ibubapalah yang menjadi 'dicision- maker'. Secara tidak langsung, amalan ini seolah-olah mengongkong kebebasan mereka untuk memberi pandangan; sekaligus mematikan sifat kreativiti mereka. Lama-kelamaan, mereka juga akan hilang keyakinan diri.

Sepatutnya, ibubapa melibatkan anak-anak dalam proses membuat keputusan. Mereka seharusnya diberi peluang mengemukakan pandangan. Ini akan membantu mereka dalam perkembangan minda dan sekaligus anak-anak akan merasakan diri mereka lebih dihargai. Contohnya, apabila kita hendak membeli baju anak-anak. Sebaiknya bawalah bersama anak untuk memilih bajunya sendiri. Sekiranya kita merasakan mereka belum pandai membuat pilihan yang terbaik, pilihlah beberapa helai dan biarlah keputusan akhir dilakukannya sendiri.

Dalam Islam, kita digalakkan untuk bermusyawarah. Budaya ini sepatutnya disemai di dalam institusi kekeluargaan bilamana hendak membuat sebarang keputusan yang penting dalam keluarga. Selain melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan, ia juga dapat mengeratkan talian kekeluargaan dan sifat percaya-mempercayai sesama ahli keluarga.

Hargailah pandangan anak-anak. Jika pandangan mereka tidak dapat diterima atau kurang menepati kehendak syariat, berikan kepada mereka alternatif. Elakkan daripada 'mencantas' setiap luahan rasa mereka. Jika anak-anak dihargai, insya Allah mereka akan membesar menjadi insan yang lebih proaktif dan berani.

14 July 2012

Apa yang aku belajar hari ini ialah aku x mau mengharap pada sesuatu yang aku x mungkin aku dapat. Mengharap orang lain untuk mengembirakan aku pun perlu dikikis kerana aku sendiri yang perlu mencari kegembiraan tersebut tanpa perlu menunggu orang lain untuk menggembirakan aku …ini pelajaran yang aku dapat …InsyaAllah,aku ambil ia dengan penuh senang hati dan tanpa ada perasaan sedih,kecewa dan sebagainya…

Mengharap orang akan berfikiran sama dengan kita serta menghendaki orang untuk memenuhi hasrat dan kata hati kita adalah satu tindakan yang sia-sia. Ini kerana setiap orang mempunyai corak kehidupan yang diaturkan oleh diri mereka sendiri tanpa perlu mengikut kata dan hasrat hati orang lain. Ditambah pula, Allah SWT mencipta dan mengatur setiap kehidupan manusia itu berlainan. 

Walaupun fitrah manusia itu sendiri sentiasa mengharapkan sesuatu berdasarkan kehendak hati, aku akan bantu diri sendiri untuk mengawal kehidupan dan hatiku. Kadangkala apabila kita terlalu mengharap sesuatu perkara itu terjadi pada diri kita dan perkara tersebut tidak berlaku…ini mungkin akan menghadirkan satu rentetan kisah kekecewaan dan kelukaan pada perasaan dan sebuah hati.

Yang pasti sebagai manusia yang lemah, aku takkan putus mengharap kasih sayang dari Allah SWT!!!

11 July 2012

Iblis berkata : Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)


“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah"



Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha dan berserah.

Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’ selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.


Ketahuilah bahawa Iblis tidak mampu menyesatkan kita bilamana kita menjadi hamba yang berserah. Kita wajib berserah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Malah jika jiwa tidak benar-benar berserah pada Allah SWT di dalam solat, pasti khusyuk solat gagal dimiliki. Apatah lagi jika kita tidak berserah di dalam seluruh kehidupan kita. Bagaimana kita akan menghadapi sakaratul maut di dalam keadaan tidak berserah pada Allah SWT.



Bilakah masanya yang membuatkan diri kita benar-benar redha, pasrah dan berserah? Pastinya apabila kita mengetahui di saat ini sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu yang akan menimpa kita kerana kita telah pun tahu akan sesuatu itu di saat ini.

Jika kita telah tahu kita akan gagal peperiksaan sedangkan keputusan sebenar belum pun keluar, pasti kita akan redha dan bersedia ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mereka yang dihukum gantung sampai mati seharusnya berasa lebih redha dan bersedia untuk mati kerana mereka telah tahu masa kematian mereka walaupun yang mematikan mereka adalah Allah SWT bukanlah tali gantung itu.


Namun kebanyakan kita tidak mampu mengetahui apakah yang akan berlaku di masa hadapan kecuali mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Maka seharusnya kita mesti menjadi orang yang dekat dengan Allah untuk mendapat ilham rasa mengetahui sesuatu di masa hadapan kita. Apabila kita dekat dengan Allah SWT, Allah SWT akan mengilhamkan kita dengan taqwa sehingga kita dapat mengetahui getaran rasa dengan jelas sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan kita.


Bagaimana untuk dekat dengan Allah SWT? Kita perlu berserah. Lalu persoalannya bagaimana untuk berserah?


Melatih diri untuk mempraktikkan doa mengikut doa solat istikharah. Bentuk doa solat istikharah merupakan doa yang benar-benar mempunyai kepasrahan dan penyerahan segala ketetapan kepada Allah SWT. Jika saudara semua membaca doa-doa yang ada di dalam laman web saya, semuanya berbentuk seperti doa solat istikharah.


Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita telah pasrah, redha dan berserah dari awal lagi semasa kita berdoa.


Doalah seperti doa solat istikharah. Ia sesekali tidak membuatkan diri kita berfikir negatif dengan menyebutkan ‘jika sesuatu itu gagal’ tetapi kita berserah pada Allah seandainya sesuatu itu tidak memberikan kebaikan kepada diri kita, maka kita redha, pasrah dan berserah kepada Allah untuk sesuatu yang lebih baik.


Doa solat istikharah:


“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.


Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.


Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.


Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahawa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku” (HR. al-Bukhari).


Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila :


1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.


2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.


Maka jika sesuatu itu tidak dimakbulkan, kita telah awal-awal lagi bersedia bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah.


Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT: Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)

09 July 2012

Mungkin perit untuk merasai sesuatu perpisahan kan? Apetah lagi jika ditinggalkan hanya kerana orang lain...Namun apa yang terjadi ianya adalah satu ujian dariNya untuk kita makin tabah dalam menghadapi semuanya...Untuk seseorang yang telah melukan hatiku, dengarkan dan hayatilah lirik lagu ini...kerana apa yang aku rasa tidak mampu lagi tuk diluahkan dengan kata-kata...~ T_T
---------------------------------*-------------------------------

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
-----------------------------*------------------------------

04 July 2012


Bila hati dah tawar, cakap ape pun tak guna, taruk gula tak jadi manis...taruk garam tak pula masin..

Hurmmm, hati aku sudah tawar. Tawar nak tunggu janggut tumbuh untuk sesuatu keputusan, tawar nak tunggu datangnye dia yang dulu, tawar jugak bila dah lama bersabar tengok betapa terignore nye aku
sekarang, hati aku dah tawar, aku dah penat bersabar, aku dah penat memendam, aku dah tawar..i mean, hati aku dah tawar nak layan semua perubahan dia...

Tawar jugak nak bagi nasihat..Nasihat pun stil d same, bialah hati aku terus tawar.. penat rasa otak bila asyik terdistract memikirkan silly things ni..

Maka, biarlah hati aku tawar sementara untuk dia cuma manusia biasa...asalkan hati aku terus hidup untuk-Nya ...Dia yang telah menciptakan aku..hidupkan lah hati ku..

Ya Allah,, terangilah hatiku sebagaimana kau menerangi bumi dengan matahariMu selama-lamanya..amiin ya rabbal alaminn...

01 July 2012

Manusia mudah alpa. Lumrah manusia, tak pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Manusia hanya tahu meminta-minta, tapi tak semua manusia tahu menghargai apa yang dimiliki. Mudahnya seorang manusia menuntut yang bukan haknya, tapi bila dah menjadi hak, mudah juga manusia sia-siakan saja. Apa yang ada di depan mata, tak pernah ditilik dengan sempurna. Yang jauh nun di sana sanggup pula diteropong untuk dikejar. Apa mentaliti manusia begini?


Bila kamu terasa tidak dihargai, fikirkan sejenak, adakah kamu tahu menghargai dan pernah menghargai? Apakah wajar kamu rasa begini? Dunia ini penuh dengan karma. Kamu akan terkena. Roda berputar, gasing berputar, dunia berputar. Hidup kamu tak sentiasa di atas. Adakala kamu jatuh tersungkur, di saat kamu jatuh baru kamu sedar di depan kamu itu ada suka duka yang tak akan luput dari hidup kamu.


Hargailah apa yang kamu miliki. Adakala kita mengharap sesuatu yang sempurna, tapi mana mungkin ada yang sempurna. Semua pasti ada cacat cela. Semua manusia pernah ada dosa. Terimalah apa yang DIA anugerahkan untuk kamu dengan setulusnya. Jangan bertanya kenapa aku tak pernah dapat yang terbaik, tapi tanya diri kamu adakah kamu sudah jadi yang terbaik?


Untuk menyedari di depan mata itu, kamu perlu bersyukur. Mensyukuri apa yang kamu miliki.. Kamu harus tahu menghargai. Kamu harus bisa berpuas hati. Jangan tangisi andai yang di depan mata itu dibawa pergi. Jangan kecewa andai di depan mata itu ditarik kembali. Jangan menyesal andai yang di depan mata itu tiada lagi.


Saat kamu mampu melihat di depan kamu lagi, hargainya sebaik mungkin. Bila dia bukan milik kamu lagi, kamu tak berhak untuk mendapatkannya kembali. Percaya lah, menyesal seumur hidup pun takkan bisa membawa ia datang pada kamu semula.


Hargai ibubapa kamu selagi mereka masih hidup, selagi kamu masih mampu mengucup tangan mereka memohon ampun. Mensyukuri anugerah Allah, punya ibubapa seperti mereka dalam hidup kamu. Detik tapak kaki kamu sebesar dua jari, hingga sehebat ini kamu jadi, mereka yang sentiasa DI DEPAN MATAkamu. Jangan tunggu hingga Allah mengambil mereka dari kamu, saat itu baru kamu sedar yang DI DEPAN MATA itu, tak pernah kamu mensyukuri dan menghargai.


Hargai saudara-saudara kamu. Abang, kakak, adik, mereka darah daging kamu. AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS. Sehebat mana bergolak tali arus kasih, takkan ia terputus dilanda ombak. DI DEPAN MATA kamu, mereka membesar bersama-sama kamu. Makan seperiuk, tinggal serumah, seibu sebapa. Mana mungkin wujud erti KELUARGA tanpa mereka? Cintai saudara-saudara kamu. Jangan menyesal saat saudara-saudara kamu tiada lagi DI DEPAN MATA, disisi kamu atas nama KELUARGA.


Hargai pasangan kamu selagi mereka ada bersama kamu. Jangan dikejar yang cantik rupawan tapi hitam hatinya, jangan dicari macho tampan tapi curang hatinya, jangan dibangga hartawan jutaan andai gelap hidupnya. Biarlah yang DI DEPAN MATA itu sedang-sedang saja, biarlah dia kerdil di mata manusia luar sana, asalkan dia hebat di mata kamu. Saat kamu kehilangannya, baru kamu akan sedar di mana kelebihannya. Jangan sampai kamu rasa begitu.


Hargai sahabat-sahabatmu saat mereka disisi kamu. Mereka bisa mewarnai hidupmu, mereka bisa mencorak dirimu. Mereka tempat kamu berkongsi, mereka tempat kamu tumpang menangis, ketawa, bahagia, suka dan duka. Mengapa perlu kamu lupa pada mereka di saat kamu tinggi duduknya? Disaat kamu punya sahabat ternama? Hargai mereka, sebelum mereka pergi meninggalkan kamu sepi.. Tiada lagi gelak ketawa air mata bersama. Jangan menyesal pabila kamu melihat sahabat-sahabatmu ketawa bahagia tanpa kamu. Sahabat-sahabat DI DEPAN MATAtetap sahabat selamanya. Biar bertambah sahabatmu, namun jangan pernah terkurang walau satu.


MATA itu anugerah Allah untuk melihat.MATA HITAM, MATA HATI, MATA MINDA. DI DEPAN MATA kamu, bukalah matamu seluas-luasnya, lihatlah dan sedarlah apa yang telah kamu miliki. Hargai setiap satu yang ada. Sayangi segala DI DEPAN MATA kamu, ucapkan syukur atas setiap yang kamu miliki. Kerana apa yang kamu miliki adalah sezarah kecil yang Allah kongsi bersama kamu, sesungguhnya DIA lah yang memiliki segala-galanya dengan hakiki.


Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Copyright 2010 Dabeliz.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.